Penjualan rumah kediaman dan hartanah meningkat dua peratus pada separuh kedua tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2019.<br /><br />Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dalam tinjauannya mendapati prestasi penjualan hartanah meningkat daripada 43 peratus pada separuh kedua 2019 kepada 45 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
